Kenali Granny

My photo
Walaupun saya sudah bergelar grany, namun saya masih aktif lagi. Saya ada buat bisnes kecil-kecil. Barangan jahitan seperti cadar, sarung kusyen, alas meja, telekung dan lain-lain yang berkenaan dengan jahitan. Anda boleh membeli barangan yang dipaparkan. Atau anda juga boleh menempah mengikut stail yang anda inginkan.

Followers

Friday, December 31, 2010

Lapik Kusyen Ala Inggeris


As salam semua...

Ini hasil terbaru yang telah di order oleh pelanggan setia Grany... Terima kasih pada Jue dari Ipoh... Anda tak teringin ke? Mari lah order dengan warna dan bentuk yang laen.

Sunday, November 21, 2010

Sarung Kusyen Ala Inggeris #2

Salam semua...

Entri kali ni Grany nak tunjukkan sarung kusyen ala inggeris yang baru siap. Ditempah oleh adik ipar grany yg berada di Ipoh. Grany gunakan warna ungu dan adik ipar grany nak 3 pasang yang berlainan design. Maka inilah hasilnya.



Macamana? Berkenan? Lain orang lain citarasa... Citarasa anda bagaimana? :)

Monday, October 25, 2010

Bunga Pahar - Jenis Cawan

Salam kembali...

Ok. Kalau tengok pada tajuk mmg tak kena la dgn gambar kan? Tp ia digunakan untuk meletak telur untuk diberi pada tetamu jugak. Maksud grany, kegunaannya sama kan? Hehe... And more nicer. Tak perlulah beri pada semua tetamu cawan telur ni. Hanya beri pada tetamu VIP sahaja. Sbb stailnya mmg stail VIP. ;)
Cawan telur ni ditempah tak lama dulu oleh seorang saudara grany. Banyak jenis dan banyak warna yang ditempah sebenarnya. Tp paten yg ni je yg sempat diambil gambarnya. Nnt2 grany ambil gambar paten lain pulak yea. :)




Sunday, October 24, 2010

Aktiviti masa lapang

Salam semua...

Masa terluang grany tak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Sambil2 berehat grany juga buat kerja yang mendatangkan hasil dan dalam masa yang sama, mencantikkan rumah juga. :) Ini la yang grany buat bila tak banyak kerja yang nak disiapkan. Boleh jugak release tension.
Pernah dengar x, kalau kita buat sesuatu yang kita gemari, kita akan release tension. Boleh dikatakan aktiviti kegemaran kita tu jadi terapi minda. Apa yang menjadi terapi minda anda pula? Jom share dengan grany.


Bunga Pahar - Bunga stokin

Salam bersua kembali... :)

Spt dua entri sblm ni, entri kali ni grany nak promosikan bunga telur lagi. Namun versi lain. Ini jenis bunga telur stokin. Jika berminat dengan versi yg ni, kontek je grany. Nyatakan warna dan nak stail yang macam mana, InsyaAllah grany akan siapkan sebaik dan secantik mungkin.


Saturday, October 23, 2010

Bunga Pahar Manik

Salam semua....

Entri kali ni, Granny nak tunjukkan bunga telur @ bunga pahar yang telah disiapkan. Kenalan Granny order bunga telur ni untuk anak sedara nya. Untuk pengetahuan, Granny mmg ada buat bisnes bunga telur jugak. Macam2 jenis bunga telur. Dari yang biasa, manik, bunga dip, bunga stokin, bunga sabun dll.

Granny akan upload gambar sample bunga telur tu satu persatu. Sbb Granny perlu amek gambarnye terlebih dulu. Entri ni Granny akan tunjuk bunga telur jenis manik. So, kalau ada sape2 nak tempah, seeloknya beberapa bulan sebelum majlis.


Friday, October 22, 2010

Bunga Pahar - Bunga Dip

Salam...



Ini sample bunga telur jenis bunga dip yang pernah Granny terima tempahan. Nice kan? Berkenan? Meh order...