Kenali Granny

My photo
Walaupun saya sudah bergelar grany, namun saya masih aktif lagi. Saya ada buat bisnes kecil-kecil. Barangan jahitan seperti cadar, sarung kusyen, alas meja, telekung dan lain-lain yang berkenaan dengan jahitan. Anda boleh membeli barangan yang dipaparkan. Atau anda juga boleh menempah mengikut stail yang anda inginkan.

Followers

Showing posts with label greeny grany. Show all posts
Showing posts with label greeny grany. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Aktiviti masa lapang

Salam semua...

Masa terluang grany tak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Sambil2 berehat grany juga buat kerja yang mendatangkan hasil dan dalam masa yang sama, mencantikkan rumah juga. :) Ini la yang grany buat bila tak banyak kerja yang nak disiapkan. Boleh jugak release tension.
Pernah dengar x, kalau kita buat sesuatu yang kita gemari, kita akan release tension. Boleh dikatakan aktiviti kegemaran kita tu jadi terapi minda. Apa yang menjadi terapi minda anda pula? Jom share dengan grany.


Wednesday, May 5, 2010

Melintas macam ayam kampong!

Salam 1 Malaysia...
Tau lah kat kl ni kalau dah trafik jem macam2 bole jadi. Saya nak cerita sikit lah. Tengah2 dok dalam trafik jem tu ada pulak si mamat ni tiba2 marah2 kat saya. Dah lah saya terperangkap dalam jem tu hampir 2 jam. Si mamat tu pulak macam ler jalan tu bapak dia punya...... kalau anda semua macamana ek... Mesti geram jugak kan....?

Ceritanya macam ni, semasa si mamat tu nak melintas jalan kat tengah2 jalan yang sesak tu, ada pulak kereta yang bunyikan hon. Si mamat tu pandang kat saya sambil marah2 dan bertanya, "apahal?". Dengan muka yang bengang saya jawab balik la "apahal!!!". Lepas tu saya dengar bunyi hon kereta tu lagi. Si mamat tu pandang ke arah kereta yang membunyikan hon tu. Dan mungkin dia baru terperasan yang dia tersilap marah orang kot. Dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalah, si mamat tu melambai kawannya untuk melintas jalan dan memberi isyarat mengajak makan. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucap kata maaf pon. Saya bukan harap sangat. Tapi at least kurang lah sikit marah saya tu.

Saya rasa orang macam si mamat tu melambak kot kat kl ni. Tu lah yer saya nak tanya pendapat pada semua, kalau kita dah buat salah janganlah kita nak suka2 jer marah kat orang, kalau terjadi pada diri anda macam yang saya kena tu... Apa anda akan lakukan ek?

Monday, April 19, 2010

Selamat Datang Ke Greeny Grany~

Salam pengenalan...

Saya punya dua org cucu. Dah tua tapi masih nak buat blog kan? :) Tapi apa salahnya... Lagi pun sekarang ni orang2 kita dah maju. Zaman internet bukan zaman purba lagi. Percayalah!!! Kalau saya boleh tentu orang lain pun boleh. Tapi...apa pun cerita ke, berita ke, mesti ada bukti. Kalau nak bukti kene siasat dulu. Macam FBI lah pulak. ;)

Dengar, tengok baru buat. Pecaya tak pecaya cubalah apa2 pun. Perkara2 yang kita tak pasti jangan cepat melatah macam mak nenek pulak. Orang tua2 berkata, pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan. Bahaya tu...

Ok lah. Harap2 anda suka dengan blog saya ni.