Kenali Granny

My photo
Walaupun saya sudah bergelar grany, namun saya masih aktif lagi. Saya ada buat bisnes kecil-kecil. Barangan jahitan seperti cadar, sarung kusyen, alas meja, telekung dan lain-lain yang berkenaan dengan jahitan. Anda boleh membeli barangan yang dipaparkan. Atau anda juga boleh menempah mengikut stail yang anda inginkan.

Followers

Wednesday, May 5, 2010

Melintas macam ayam kampong!

Salam 1 Malaysia...
Tau lah kat kl ni kalau dah trafik jem macam2 bole jadi. Saya nak cerita sikit lah. Tengah2 dok dalam trafik jem tu ada pulak si mamat ni tiba2 marah2 kat saya. Dah lah saya terperangkap dalam jem tu hampir 2 jam. Si mamat tu pulak macam ler jalan tu bapak dia punya...... kalau anda semua macamana ek... Mesti geram jugak kan....?

Ceritanya macam ni, semasa si mamat tu nak melintas jalan kat tengah2 jalan yang sesak tu, ada pulak kereta yang bunyikan hon. Si mamat tu pandang kat saya sambil marah2 dan bertanya, "apahal?". Dengan muka yang bengang saya jawab balik la "apahal!!!". Lepas tu saya dengar bunyi hon kereta tu lagi. Si mamat tu pandang ke arah kereta yang membunyikan hon tu. Dan mungkin dia baru terperasan yang dia tersilap marah orang kot. Dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalah, si mamat tu melambai kawannya untuk melintas jalan dan memberi isyarat mengajak makan. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucap kata maaf pon. Saya bukan harap sangat. Tapi at least kurang lah sikit marah saya tu.

Saya rasa orang macam si mamat tu melambak kot kat kl ni. Tu lah yer saya nak tanya pendapat pada semua, kalau kita dah buat salah janganlah kita nak suka2 jer marah kat orang, kalau terjadi pada diri anda macam yang saya kena tu... Apa anda akan lakukan ek?

No comments:

Post a Comment