Kenali Granny

My photo
Walaupun saya sudah bergelar grany, namun saya masih aktif lagi. Saya ada buat bisnes kecil-kecil. Barangan jahitan seperti cadar, sarung kusyen, alas meja, telekung dan lain-lain yang berkenaan dengan jahitan. Anda boleh membeli barangan yang dipaparkan. Atau anda juga boleh menempah mengikut stail yang anda inginkan.

Followers

Thursday, October 7, 2010

Set Tidur Baby

Salam semua...



Entri kali ni, Grany nak tunjukkan satu lagi hasil kerja. Beberapa minggu lepas, jiran Grany meminta untuk dibuat set tidur bayinya. Sarung tilam, bantal dan bantal peluk. Dia tak kisah mcm mana design yang nak dibuat. Cumanya, dia nak ada reben-reben pada semua sarung tu. Grany siapkan 2 set untuk set tidur tu. Ini hasilnya;


Set 1 - Ungu Bereben


Bantal peluk



Set 2 - Hijau Beropol


Satu set hanya RM25 sahaja. Berkenan dengan salah satu? Atau ada design lain yang nak dicadangkan? Email Grany cepat yea. Hihi...

Wednesday, October 6, 2010

Cordy Juice

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita. Eh eh... Mcm pengacara pulak.. Hihi... Entri kali ni, Grany nak promosikan jus kesihatan pulak. Jus ni ramuannya dari buah-buahan beri, ekstrak cordyceps dan buah-buahan lain beserta teh hijau. Ekstrak cordyceps adalah ramuan utama jus ni. Mungkin ada yang perasan mengenai cordyceps kerana fakta mengenai cordyceps pernah disiarkan di Berita Utama TV3. Kalau ada yang tak tau mengenai cordyceps, bolehlah baca mengenainya dan juga kebaikannya disini .

Terdapat 3 botol dalam satu kotak yang setiap satu botol mengandungi 300ml jus.

Jus ini amat berbaloi untuk dijadikan makanan tambahan anda kerana ia mengandungi ramuan buah-buahan dan herba yang baik untuk kesihatan.

Sila la email Grany sekiranya anda ini mendapatkan keterangan mengenai jus ini ataupun Grany lebih gembira jika anda ingin dapatkan jus ini untuk dijadikan makanan kesihatan harian anda. Belum cuba belum tau kan... Jom cuba. Hihi...

Alas Kabinet - Bunga Timbul Emas

Salam...

Ok... Walaupun entri kali ni masih lagi alas kabinet. Ttp, bukan lagi versi ala inggeris. Ini versi bunga timbul. Grany dapat tempahan dari seorang kenalan untuk buat alas kabinetnya. Dia serahkan segalanya mengikut kehendak Grany. Bila Grany berikan idea untuk buat bunga timbul sebagai hiasan alas ini, dia terus setuju dan teruja. Maken la Grany teruja bila lihat dia teruja. Hehe... Ini hasilnya;


Full view - Bunga timbul dibucu kiri dan kanan

Side view 1 - Tepi alas dihias dengan lace emas

Side view 2 - Disertakan dengan daun yang disulam
Untuk alas ini, hanya RM35 sahaja. So sapa-sapa yang berkenan dengan alas ni, macam biasa email Grany ok...

Alas kabinet Ala Inggeris

Salam....

Bertemu lagi kita... Lama dah rasanya tidak mengupdate blog ni. Seperti entri yang lepas, Grany nak tunjukkan hasil ala inggeris lagi. Kali ni alas untuk kabinet pula. Ada 2 design.

Design 1 - Cloud shape


Design 2 - Flower embroidery





Macamana? Suka tak? Kalau suka, mari la order atau email kan kat Grany ye... Jgn segan-segan.

Saturday, July 31, 2010

Alas Meja Ala Inggeris

Salam...


Entri lepas saya ada perkenalkan sarung kusyen ala inggeris. Kali ni saya nak tunjukkan alas meja bulat stail yang sama jugak. Bezanya, alas ni takde labuci dan manik. Sebab pelanggan yang order set alas meja ni nak alas yang sama mcm sarung cuma biar simple. Kalau korang nak alas yang berlabuci dan bermanik. Mcm biasa, email saya ok. ;)



Thursday, July 29, 2010

Sarung Kusyen ala Inggeris

Salam...

Dah agak lama saya tak update blog ni. Byk hal yang berlaku yang memerlukan komitmen untuk menguruskannya. Maaf byk2 yer. ;)

Entri blog kali ni, saya nak perkenalkan sarung kusyen ala inggeris. Saya pasti ramai yang menggemari barangan ala inggeris ni. Sebab stail ala inggeris, boleh buat rumah seseorang menjadi tenang dan sedap je rasa memandang. Tak jemu memandang kata orang. :))
Itu la sebabnya kenapa saya promosikan sarung kusyen stail tu.

Sarung kusyen berbunga merah
Berukuran 40cm x 40cm
Harga utk 6 helai sarung : RM36
Harga utk 6 sarung + kusyen : RM90
Bunga tampal bersulam, berlabuci & bermanik

Apa korang rasa? Berbunga je rasa memandang kusyen-kusyen ni kan? Hihi... Kalau berkenan pada sarung kusyen ni, jgn segan silu tuk email saya yer. Kalau nak corak @ paten lain, anda boleh nyatakan dalam email tersebut. InsyaAllah saya boleh siapkan. :)
Wassalam~

Wednesday, May 5, 2010

Melintas macam ayam kampong!

Salam 1 Malaysia...
Tau lah kat kl ni kalau dah trafik jem macam2 bole jadi. Saya nak cerita sikit lah. Tengah2 dok dalam trafik jem tu ada pulak si mamat ni tiba2 marah2 kat saya. Dah lah saya terperangkap dalam jem tu hampir 2 jam. Si mamat tu pulak macam ler jalan tu bapak dia punya...... kalau anda semua macamana ek... Mesti geram jugak kan....?

Ceritanya macam ni, semasa si mamat tu nak melintas jalan kat tengah2 jalan yang sesak tu, ada pulak kereta yang bunyikan hon. Si mamat tu pandang kat saya sambil marah2 dan bertanya, "apahal?". Dengan muka yang bengang saya jawab balik la "apahal!!!". Lepas tu saya dengar bunyi hon kereta tu lagi. Si mamat tu pandang ke arah kereta yang membunyikan hon tu. Dan mungkin dia baru terperasan yang dia tersilap marah orang kot. Dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalah, si mamat tu melambai kawannya untuk melintas jalan dan memberi isyarat mengajak makan. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucap kata maaf pon. Saya bukan harap sangat. Tapi at least kurang lah sikit marah saya tu.

Saya rasa orang macam si mamat tu melambak kot kat kl ni. Tu lah yer saya nak tanya pendapat pada semua, kalau kita dah buat salah janganlah kita nak suka2 jer marah kat orang, kalau terjadi pada diri anda macam yang saya kena tu... Apa anda akan lakukan ek?